Ahad, 31 Disember 2017

Mengenai Kami

Raiza Catering & Services

RAIZA Catering & Services merupakan perniagaan milik tunggal yang  didaftarkan pada 28 Jun 2010, bagi menjalankan aktiviti-aktiviti katering di sekitar Lembah Klang. Perniagaan ini beroperasi di No 239/1 Jln Thambipillay, Off Jln Tun Sambathan, (Hadapan Pejabat Pos Brickfields), 50470 Kuala Lumpur. Sekarang syarikat membuka cawangan di Taman Aman Putra, Jalan Aman Putra, Jinjang Utara 52000, Kuala Lumpur.

Diantara aktiviti utama yang dijalankan oleh syarikat ini adalah membekal dan mengedar makanan serta minuman untuk majlis kesyukuran dan keraian, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis sambutan hari lahir dan sambutan Hari Guru serta pelbagai jamuan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta di sekitar Lembah Klang.

Syarikat memilih untuk menceburi bidang perniagaan ini kerana ianya telah dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan sejak dari tahun 1985 lagi. Sepanjang tempoh tersebut terdapat banyak permintaan katering yang yang sangat konsisten dari perbagai pihak termasuklah dari badan-badan kerajaan dan swasta serta terdapat juga permintaan dari orang perseorangan.

Daripada pengalaman yang ada ini syarikat berkeyakinan perniagaan katering merupakan satu perniagaan yang berpotensi besar untuk maju dan dapat menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan. Dengan itu perancangan yang teliti dan professional menjadi kunci utama Syarikat Raiza Catering & Services.